Thursday, October 3, 2013

AGAK TERKILAN - JANGAN SALAHKAN MEREKA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 Alhamdulillah ke Hadrat Illahi kerana memberi saya nafas serta kekuatan untuk menulis di dalam blog ini.

Agak terkilan apabila saya membaca cerita cerita yang di poskan di facebook, kebanyakkan yang cerita di dalamnya adalah orang yang saya kenali. Mereka meluahkan perasaan iri hati dalam bentuk kata-kata yang saya kurang gemari untuk membaca, antaranya "dia kaya dengan jual air liur" , "itu bukan idea dia, dia guna idea orang lain balik untuk buat duit" , dan lain lain lagi.

 Sedih dengan segolongan bangsa saya yang masih tidak sedar diri ini. Terus terang saya katakan, dulu saya juga seorang yang skeptikal, berfikiran negatif dan iri hati dengan kejayaan orang lain. Selepas saya menuntut ilmu di sana sini, baru minda saya terbuka luas untuk menerima segalanya dengan penuh kesyukuran. Ilmu yang di cari bukan sahaja dari pembacaan buku, malah ilmu yang dicari merupakan dari percakapan (seminar/kursus) air liur orang lain.

Sedar atau tidak, dari dahulu lagi kita telah menuntut ilmu air liur serta idea ini dari orang lain. Mungkin sewaktu kita kecil, kita menuntut ilmu dari cikgu sekolah, besar sedikit masuk universiti berlajar ilmu dan idea dengan pensyarah, selepas itu bermula zaman bekerja. Zaman bekerja kita mula mencari ilmu dan idea melalui orang pengalaman, pembacaan, kursus, seminar dan lain lain lagi. Kesemua ilmu yang dituntut kebanyakkan nya melalui perbualan air liur serta pembaharuan idea-idea orang lain kepada bentuk yang lebih mudah untuk kita difahami. Dan mereka dibayar melalui gaji bulanan, gaji mengikut jam, komisyen dan lain lain lagi.

Apa yang saya ingin katakan , tidak salah jika kita berkongsi ilmu dengan orang lain dan mendapat sedikit imbuhan darinya. Ilmu yang kita dapati tidak hadir dalam sehari dua, ia mungkin memakan masa bertahun tahun sehingga menjadi pengalaman hidup yang berguna untu dikongsi dengan orang lain. Kelebihan orang yang menuntut ilmu ini, mereka tidak perlu lagi melakukan kesilapan yang sama yang telah dilalui oleh orang lain di dalam sesuatu proses kehidupan.

Jadi, jika anda terjumpa denga golongan yang negatif ini, janganlah kamu salahkan atau memarahi mereka. Meraka tidak mempunyai pendedahan ilmu sebagaimana anda terimai. Pemikiran mereka masih lagi di takuk yang lama, mereka takut untuk menerima perubahan akbat dari ego yang tinggi. Sekali saya katakan, "jangan salahkan mereka...".

Saya ingin ucapkan ribuan kemaafan jika penulisan saya kali ini agak tajam sedikit. Bukan hendak merendahkan atau menguriskan perasaan bagi yang membaca artikel ini. Ribuan kemaafan...

Sahabat anda,
Vira Baharuddin






18 comments:

  1. Waalaikumussalam tuan...

    Benar tu tuan, saya juga rasa terkilan diatas kata-kata tersebut.. Bukan sahaja saya terbaca di blog tersebut malah ada juga segelintir rakan-rakan ditempat kerja saya berkata begitu.. Saya hanya berdiam buat sementara waktu untuk mendengar luahan hati mereka. Tidak lama kemudian mereka senyap dan masa tulah saya ambil dengan bertanyakan pada mereka sama ada mereka sudah mengkuti mana-mana kelas beliau anjurkan. Ternyata sekali mereka tidak pernah menyertainya walaupun pada program yang free. Memang kesiaaann saya katakan. Kesian sebab apa? Sebab mereka hanya mendengar kata-kata orang. Saya katakan pada mereka, ELMU yang beliau beri itu perlu dibuat bukan hanya disimpan selepas pulang. Jika tiada tindakan yang dibuat memanglah tidak ada perubahan. Jadi jangan hanya nak menyalahkan orang lain dan jangan hanya nak orang suapkan kita. Kita perlulah bertindak walaupun sikit jika ada yang kurang cuba berhubung dengan rakan-rakan yang dah berjaya. Kan ramai anak didik beliau yang berjaya sekarang, tak salah untuk nak mendapatkan nasihat dari mereka-mereka ini.. Sama-samalah kita berdoa agar ALLAH swt membukakan pintu hati mereka ini... Terima kasih atas perkongsian ini Tuan Vira Baharuddin..

    Wassalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul apa yang tuan tuliskan, tiada gunanya jika kita mempunyai ILMU tetapi tidak dipraktikan dengan tindakan yang pro-aktif. Terima kasih dengan perkongsian yang bermakna ini :)

      Delete
  2. Salam tuan..

    Mereka mudah dengki. Mereka tidak faham akan konsep menyampaikan ilmu kepada orang lain. Ilmu itu luas, Kita boleh mendapatkannya daripada buku, majalah, internet, guru dan sebagainya. Contohnya kita mendapat ilmu dari guru di sekolah dan kita mengajarnya kepada orang lain di rumah. Jadi tiada istilah menggunakan "idea" guru tersebut untuk ajar orang lain. Sama juga dengan guru tuisyen, kan ilmu semuanya sama cuma cara menggunakan ilmu tersebut untuk mendapatkan wang kerana itu servis dia mengajar,

    Istilah guna "air liur" untuk kaya memang wujud sebab bukan semua orang boleh bercakap, tapi jika diajar, semua orang boleh guna "air liur" untuk kaya. Kalau tak, kenapa pergi seminar di sekolah-sekolah dan tempat kerja?

    Pendapat saya sahaja.

    https://alwaangallery.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Penjelasan yang menarik dari tuan, diharapa para pembaca dapat bersama memahami apa itu istilah "air liur" untuk kaya. Terima kasih dengan perkongsian berharga ini :)

      Delete
  3. terima kasih dgn perkongsian dr tuan...semoga kaya dan berjaya

    ReplyDelete
  4. Assalam, saya juga ada terbaca cerita itu semalam. Agak panas hati dengan komen2 negatif sebilangan org... komen seolah2 mereka kenal DAO dari kecik2.... Kesimpulan yang dpt disimpul dari semua2 komen negatif tuh, saya rasa sgt kesian... kesian kerana mereka byk masa nak bercakap buruk pasal org... kesian kerana mereka tak dpt nampak nilai perkongsian elmu yang DAO sampaikan... semoga mereka ini mendapat pencahayaan kelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, betul apa yang dikatakan. Apa yang kita boleh lakukan, abaikan mereka yang bersifat negatif dan lebihkan berkawan dengan orang yang pemikirannya positif :)

      Delete
  5. Assalamualaikum.. tulisan anda telah menyedarkan saya dari buaian negatif...tqvm..
    Anda kaya & berjaya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Alhamdulillah jika penulisan saya sedikit sebanyak membantu anda. Anda kaya & berjaya juga :)

      Delete
  6. Assalamualaikum...terima kasih tuan...bagus perkongsian tuan dan pada mereka yang sakit hati melihat orang lain berjaya kesianlah saya katakan..ELMU yang bermanfaat dapat meNAMBAH NILAI pada hidup orang lain..berSYUKUR lah dengan setiap kurniaan Allah..jangan bercakap tanpa menggunakan akal...semoga kita kaya dan berjaya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, penulisan anda penuh bermakna dan pengajaran. Di harap kita bersama sama menggunakan ELMU dan akal fikiran bagi menambah nilai hidup orang lain :)

      Delete
  7. assalamualaikum.. sy pun ade terbaca ttg cerita negatif DAO semalam.. n pg td, DAO dh menjawab segala persoalan... tp, sy mmg xjumpa lgsung ttg artikel dlm blog empunya yg mengadu itu ttg jln penyelesaian yg telah dicapai... mgkin terlepas pndang or mgkin mmg tiada lgsung... cumenye, jika btul jln penyelesaian telah diambil, why not la kan, si pengadu tu bersihkan kembali nama DAO... sebaiknye, simpan aib org..kalau btul la DAO ni penipu besar, nape la cmpany2 besar cari beliau kn.. sampai luar negara pun cari... sy pernah ikuti, n sy hepi dpt ilmu dri beliau...walau hnya sekali disebabkan kesibukan yg xdapat dielakkan... ilmu yg disampaikan mmg betul2 berguna...sesiapa yg mengatakan yg die datang ke seminar DAO xdapat apa2, tanye blik dkt diri sendiri, ape yg ko buat semasa DAO bg ilmu? tido? rase diri lg hebat dri beliau? dah ckup berjaya ke mcm beliau? sbb ade yg kate xdpt ape2 mase dtg ke seminar DAO.. mmg DAO byk buat lawak..tp dlm lawak tu, ade isinya... penyampaian utk seminar xsemestinya formal..kang boring plak kn... lgsung terjelepok atas lantai plak.... yg penting, bile org cakap, fokus, ambil point2 penting even dlm situasi lawak, marah, santai, kelam kabut etc... kene pandai... kene tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, menarik apa yang anda ingin sampaikan, betul dan benar. Semoga kita mempelajari sesuatu di disini :)

      Delete
  8. kesian bangsa kita yang suka menjatuhkan bangsa sendiri!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul kesian bangsaku, jadi marilah anda dan saya membantu mereka supaya sedar akan realiti dunia ini :)

      Delete
  9. ya betul...jangan salahkan mereka....islam memang meraikan perbezaan pendapat...dlm hal ni, pendapat saya tentang isu ni...adalah...kesian dkt DAO.

    kesian juga tuan punya badan yg bangkitkan isu ini.....tp akhirnya dah selesai..alhamdulilah....

    dan yg paling kesian dkt org yg tak pernah hadir mana2 seminar anjuran DAO terus tembak kaw2...lepas tu siap share 1 dunia plak tu...aduh...takpe
    jangan salahkan mereka....kita doakan lah kesejahteraan mereka...sebab kita pun suatu ketika dulu mungkin kategori mcm tu juga....hehe...

    cuma dah bila diberi pendedahan ni skit...kirenya....arhhh tak pandai la aku nak bercakap....apa2 pun. good job bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap anda, cuba-cuba lah hadir ke seminar DAO. Cuba hayati apa yang ingin DAO sampaikan. Bermulalah dengan seminar PERCUMA DAO dahulu ok :)

      Delete