Monday, January 20, 2014

EBOOK PERCUMA : 9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

EBOOK PERCUMA
" 9 RAHSIA HIDUP 24 JAM "


EBOOK PERCUMA " 9 RAHSIA HIDUP 24 JAM "
Name:
Email:
ListWire - Free Autoresponders
click here for your free autoresponder

Sila isikan maklumat di atas bagi menerima link download EBOOK PERCUMA "9 RAHSIA HIDUP 24 JAM." Tawaran buku percuma ini boleh ditutup pada bila-bila masa sahaja!

======================

Alhamdulillah...

Saya ada berita baik untuk anda semua! 

Sekali lagi saya ingin memberikan EBOOK PERCUMA buat kali ke-2 yang bertajuk “ 9 RAHSIA HIDUP 24 JAM.”

Buku ini akan mendedahkan rahsia yang efektif bagi kita menempuh seharian (24 Jam) dengan lebih teratur dan efektif. Tidak semua orang mampu menggunakan masa 24 jam seharian ini dengan manfaat sepenuhnya.

Rahsia ini telah di tulis berdasarkan pengalaman hidup para-para JUTAWAN secara umum yang boleh mengubah gaya kehidupan kita menjadi seperti gaya seorang jutawan.

Sebagai perkongsian, para jutawan amat mementingkan masa seharian mereka kerana mereka tahu ia merupakan masa yang amat bernilai dan tidak boleh diganti semula.

Diharap buku ini akan membantu sedikit sebanyak hidup kita bersama.

Bagi yang berminat, sila isikan maklumat di atas (nama & email) , saya akan hantar link download buku tersebut.

" SAYA MAGNET KEKAYAAN "


p/s : Tawaran buku percuma ini boleh ditutup pada bila-bila masa sahaja!

Inspirasi Berjaya, 

VIRA BAHARUDDIN
Penulis Bisnes






Sunday, October 20, 2013

BAHAYA! - 5 FORMULA KEGAGALAN USAHAWAN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah dan Syukur ke Hadrat Illahi kerana memberi saya nafas serta kekuatan untuk menulis di dalam blog ini.


Menjadi usahawan atau ingin membuka perniagaan amatlah mudah. Tetapi untuk berjaya di dalamnya bukanlah mudah dan sekelip mata. Banyak formula kejayaan sering dikongsi, kali ini saya kongsikan 5 formula kegagalan pula. Baca dan fahami setiap formula ini, jika terdapat kesilapan atau terguris jiwa, saya meminta seribu kemaafan dari anda. Selamat membaca.


1. TIDAK MENDAPAT BERKAT PERNIAGAAN IBU BAPA!

Setiap kejayaan anda di dunia ini bukanlah hasil dari usaha sahaja malah ia dari hasil doa, berkat, restu dan syukur oleh ibu bapa anda. Ibu bapa merupakan CEO di dalam perniagaan anda, setiap perniagaan atau tugas yang ingin anda lakukan hendaklah mendapat restu dari mereka kerana hanya dengan restu mereka perniagaan anda akan diberkati. Minta mereka doakan kejayaan anda, dengan kejayaan ini jangan lupa gembirakan mereka. 


2. SEDEKAH MERUPAKAN SALAH SATU AKAUN PERNIAGAAN!

Masih ramai yang tidak perasan, sebenarnya salah satu punca perniagaan kita stabil adalah kerana sedekah. Sedekah merupakan akaun perniagaan yang penting, ia membantu kita untuk membina jiwa yang besar. Dengan jiwa yang besar, kita dapat melakukan tugas dengan hati yang jujur dan ikhlas. Jujur dan ikhlas akan menjadi penentu pendapatan dan peluang perniagaan anda. Amalan sedekah ini pasti akan membuatkan anda lebih kaya dan berjaya. Lagi banyak anda memberi lagi banyak dan banyak dan banyak anda akan terima kemudian.


3. TIADA MENTOR UMPAMA TIADA KOMPAS PERNIAGAAN!

Jangan berniaga jika anda tidak berilmu. Pergilah anda mencari ilmu dari mentor yang sudah berjaya. Melalui pengalaman dan kejayaan mereka, anda pasti akan senyum-senyum manja kerana anda tidak perlu lagi mengharungi kesilapan di dalam perniagaan yang hendak dilaksanakan. Pastikan anda mendapat petunjuk arah dari mentor yang tepat, jika tersilap mentor pasti anda akan sesat di dalam hutan perniagaan.


4. MATLAMAT DAN TINDAKAN TIDAK SELARI!

Sentiasa tetapkan matlamat jika membuat sesuatu tugasan. Matlamat dikira sebagai tanda aras proses pencapaian perniagaan anda. Matlamat yang serius haruslah ditulis tidak kira di kertas, di papan tulis, meja, kerusi atau dimana sahaja. Tidak berguna jika matlamat ini tidak disulam dengan tindakan. Tindakan yang pro-aktif dan tindakan luar biasa merupakan kunci utama matlamat mudah dicapai. Anggap sahaja matlamat dan tindakan ini sebagai kembar seiras yang tidak dapat dipisahkan.


5. TIADA NETWORK SEJATI

Perniagaan tidak boleh dilakukan secara berseorangan. Ia perlukan kawan-kawan (network) untuk terjadinya proses perniagaan ini. Kawan-kawan juga merupakan satu aset perniagaan yang penting bukan sahaja dari keuntungan syarikat, malah dari segi kekuatan semangat yang akan membantu anda harungi hidup sebagai usahawan. Pemilihan kawan-kawan haruslah di teliti dengan betul, jika anda berkawan dengan orang negatif maka negatiflah perniagaan anda. Manakala jika kawan anda seorang yang positif maka positiflah perniagaan dan kehidupan anda.


Segala perkongsian ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi saya. Saya jarang berkongsi pengalaman secara terbuka, tetapi saya sudah berjanji dengan mentor saya jika saya mempunyai sesuatu yang baik dan boleh manfaatkan orang lain maka saya haruslah berkongsinya dengan orang lain. Jika tidak berkongsi, nanti saya akan rasa berdosa pula. Saya berharap, dengan sedikit perkongsian ini akan membantu lagi hidup anda sebagai ahli usahawan.

Selamat berjaya dalam kerjaya impian usahawan pilihan anda!


Sahabat Anda
Vira Baharuddin

Monday, October 7, 2013

48 TAHUN TAK BUAT APA-APA - IMKK - DR. AZIZAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 Alhamdulillah dan Syukur ke Hadrat Illahi kerana memberi saya nafas serta kekuatan untuk menulis di dalam blog ini.

Maafkan saya jika perkataan "48 tahun" itu menyinggung anda. 48 tahun ini hanyalah merupakan simbolik penggunaan ayat sewaktu Dr. Azizan ingin menerangkan betapa pentingnya bertindak dengan cepat di dalam sesuatu perkara (fast action fast result).

Sudah berapa lamakah anda tidur di dalam kepompong? Masih lagi sambil lewa dalam melakukan sesuatu aktiviti, lambat bertindak, macam kura-kura, macam siput.... Ini semua adalah saya suatu ketika dahulu. Saya merupakan seorang yang amat malas, lebih suka tidur dari bekerja, lebih suka hiburan dari beribadat, lebih suka lepak dalam kepompong dari bergaul dengan dunia luar, kurang ambil tahu tentang perihal ibubapa dan banyak lagi sikap-sikap zaman kegelapan saya.

Setelah saya sedar dan kenali diri ini, saya mula mencari bantuan bagi membantu mengubah sikap gelap saya ini kepada sikap bercahaya. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan mentor Dr. Azizan Osman, saya mula hadiri seminar-seminar percuma beliau. Dari percuma saya memberanikan diri mendaftar seminar yang berbayar atau dikenali sebagai seminar "advance atau intensif".

Terus jatuh cinta dengan seminar advance, tanpa henti saya mendaftarkan diri ke seminar seterusnya. Bermula dengan tempat duduk VIP kemudian menaik taraf ke SUPREME DIAMOND. Terlalu banyak saya pelajari, terlalu banyak ilmu berguna di beri, terlalu banyak kebaikkan terjadi dan terlalu banyak perubahan diri yang dikecapi.

Antara seminar yang betul-betul merubah diri saya ialah "Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan" (IMKK), sekarang dikenali sebagai " Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan". Di sini anda tidak akan focus terlalu kepada perniagaan tetapi ia lebih memberi perhatian khusus tentang diri anda.

Anda mungkin tidak perasan, kebanyakkan kita mempunyai masalah untuk mencapai kejayaan hidup, ini adalah berpunca dari tekanan di dalam diri. Maksudnya, anda mempunyai beberapa halangan (block) dari pemikiran, emosi, perbuatan, tindakan, perhubungan, percakapan, ibadat dan banyak lagi. Halangan ini yang akan membuat hidup anda tersekat dan tidak dapat pergi lebih jauh kejayaannya.

Di Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan inilah yang akan membantu anda untuk perbetulkan kembali kesemua yang saya tulis di atas menjadi satu hala matlamat yang jelas dan mantap untuk dikecapi kejayaannya dengan mudah serta cepat perjalanannya.

Kepada sesiapa yang masih belum mengikuti seminar intensif ini, saya Vira Baharuddin amat amat menyarankan anda pergi menghubungi pejabat Richworks dan daftar dengan segera. Terus terang saya katakan, hidup anda pasti TERPAKSA berubah setelah mengikuti intensif ini.

Perubahan sesuatu kehidupan mesti bermula dengan perubahan di dalam diri sendiri dahulu - Vira Baharuddin

Sahabat anda
Vira Baharuddin

Buku "Magnet Kekayaan & Kejayaan"
Miliki buku ini dahulu, kenali diri melalui pembacaan kemudian
buat persiapan diri untuk ke Intensifnya.


Friday, October 4, 2013

IDOLA BARU - TUAN JERRY

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 Alhamdulillah dan Syukur ke Hadrat Illahi kerana memberi saya nafas serta kekuatan untuk menulis di dalam blog ini.

Maafkan saya, kerana penulisan kali ini masih lagi di suasana IJI 2013. Masih terngiang-ngiang memikirkan kehidupan saya sewaktu seminar IJI 2013. Selama 4 hari saya dedikasikan diri ini sepenuh perhatian menghisap ilmu yang dicurahkan oleh mentor kita Dr. Azizan Osman. Selain dari Dr. Azizan, selang seli  tuan Jerry naiki pentas ilmu untuk sesi berkongsi ilmu dan emosi.

Setiap kali tuan Jerry naiki pentas, suasana peserta akan menjadi riuh rendah akibat dari gelagat tuan Jerry yang cukup bersahaja. Saya masih ingat, satu ketika tuan Jerry menceritakan keadaan cabaran kehidupan beliau harungi dari zaman sekolah hingga kerja, serta cabaran dari ibubapanya. Dalam sibuk menceritakan kisah hidup, perwatakan dan air muka tuan Jerry berubah menjadi sayu. Tangisan mengingati kisah silam telah dikongsi bersama 4300 orang pelajar, dengan kekuatan hati tuan Jerry mencerita bagaimana dari zaman kegelapan beliau berubah ke zaman kegemilangan.

Sesiapa yang mengikuti seminar IJI 2013, saya berani mengatakan anda pasti dapat merasai kesedihan serta keikhlasan tuan Jerry sewaktu beliau menceritakan kisah hidupnya. Saya sendiri tidak dapat menahan sebak dan terpaksa menitiskan air mata kerana tersentuh dengan apa yang dikongsi oleh tuan Jerrry. Salah satu perkongsian beliau ialah berkaitan dengan "memaafkan diri".

Apa yang saya fahami - "memaafkan diri" yang dimaksudkan oleh tuan Jerry. Kebiasaannya kita akan memaafkan manusia lain apabila mereka melakukan kesilapan ke atas kita. Persoalannya, pernah anda memaafkan diri anda sendiri bila anda melakukan kesilapan terkumpul yang sudah bertahun-tahun lamanya? Bila anda sudah mempelajari memaafkan diri sendiri, pasti hidup anda berubah seperti baru dilahirkan ke dunia ini (diberi peluang kedua). Sudah banyak kesilapan yang saya telah lakukan, dengan inspirasi dari tuan Jerry saya mula memadamkan memori gelap saya sedikit demi sedikit dengan bermula memaafkan diri sendiri. Maafkan saya Vira Baharuddin (berbisik diri sendiri) .

Satu lagi perkongsian yang amat saya hargai ialah pengertian "berSyukur" yang dinyatakan oleh tuan Jerry. Konsep syukur yang dicerita oleh tuan Jerry cukup indah, dengan penuh menggunakan hati perasaan yang ikhlas tuan Jerry menceritakannya telah menyebabkan sekali lagi saya terpaksa menitiskan air mata.

Pernahkah anda bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang? Pernahkah anda bersyukur menghargai diri anda? Bukan sahaja hargai tubuh badan yang sihat, malah hargai nafas yang diperolehi, mata yang masih boleh melihat dunia, jantung yang masih berdenyut, otak yang masih waras dan banyak lagi. Selama ini saya baru perasan yang saya merupakan golongan orang yang kurang bersyukur. Menitis air mata saya bila mengenangkan kurniaan yang Allah swt telah pinjamkan kepada saya di muka bumi ini. Terima kasih tuan Jerry kerana mengingatkan saya tentang kenikmatan kesyukuran.

Maafkan saya jika ada para pembaca yang tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan. Secara mudah saya simpulkan - "Cuba kenali diri sendiri dengan lebih mendalam, hayati segala perbuatan sama ada baik mahupun buruk yang kita lakukan sejak dilahirkan sehingga hari ini. Setelah dekati diri, mari kita mulakan proses memaafkan diri ini. Maafkan diri ini sehingga terasa wujud kesyukuran yang tinggi kepada-NYA. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang bakal menjelma di kemudian hari. Syukur wajib dibuat secara harian bukannya tahunan. Bila syukur itu sebati di dalam jiwa dan hati, baru kehidupan ini akan lebih diberkati". Vira Baharuddin :)

Jutaan terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Sahabat anda
Vira Baharuddin


 Gambar kenangan bersama inspirasi idola tuan Jerry :)

 Terima kasih kerana tuan Jerry sudi menandatangi buku ini :)

Thursday, October 3, 2013

AGAK TERKILAN - JANGAN SALAHKAN MEREKA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 Alhamdulillah ke Hadrat Illahi kerana memberi saya nafas serta kekuatan untuk menulis di dalam blog ini.

Agak terkilan apabila saya membaca cerita cerita yang di poskan di facebook, kebanyakkan yang cerita di dalamnya adalah orang yang saya kenali. Mereka meluahkan perasaan iri hati dalam bentuk kata-kata yang saya kurang gemari untuk membaca, antaranya "dia kaya dengan jual air liur" , "itu bukan idea dia, dia guna idea orang lain balik untuk buat duit" , dan lain lain lagi.

 Sedih dengan segolongan bangsa saya yang masih tidak sedar diri ini. Terus terang saya katakan, dulu saya juga seorang yang skeptikal, berfikiran negatif dan iri hati dengan kejayaan orang lain. Selepas saya menuntut ilmu di sana sini, baru minda saya terbuka luas untuk menerima segalanya dengan penuh kesyukuran. Ilmu yang di cari bukan sahaja dari pembacaan buku, malah ilmu yang dicari merupakan dari percakapan (seminar/kursus) air liur orang lain.

Sedar atau tidak, dari dahulu lagi kita telah menuntut ilmu air liur serta idea ini dari orang lain. Mungkin sewaktu kita kecil, kita menuntut ilmu dari cikgu sekolah, besar sedikit masuk universiti berlajar ilmu dan idea dengan pensyarah, selepas itu bermula zaman bekerja. Zaman bekerja kita mula mencari ilmu dan idea melalui orang pengalaman, pembacaan, kursus, seminar dan lain lain lagi. Kesemua ilmu yang dituntut kebanyakkan nya melalui perbualan air liur serta pembaharuan idea-idea orang lain kepada bentuk yang lebih mudah untuk kita difahami. Dan mereka dibayar melalui gaji bulanan, gaji mengikut jam, komisyen dan lain lain lagi.

Apa yang saya ingin katakan , tidak salah jika kita berkongsi ilmu dengan orang lain dan mendapat sedikit imbuhan darinya. Ilmu yang kita dapati tidak hadir dalam sehari dua, ia mungkin memakan masa bertahun tahun sehingga menjadi pengalaman hidup yang berguna untu dikongsi dengan orang lain. Kelebihan orang yang menuntut ilmu ini, mereka tidak perlu lagi melakukan kesilapan yang sama yang telah dilalui oleh orang lain di dalam sesuatu proses kehidupan.

Jadi, jika anda terjumpa denga golongan yang negatif ini, janganlah kamu salahkan atau memarahi mereka. Meraka tidak mempunyai pendedahan ilmu sebagaimana anda terimai. Pemikiran mereka masih lagi di takuk yang lama, mereka takut untuk menerima perubahan akbat dari ego yang tinggi. Sekali saya katakan, "jangan salahkan mereka...".

Saya ingin ucapkan ribuan kemaafan jika penulisan saya kali ini agak tajam sedikit. Bukan hendak merendahkan atau menguriskan perasaan bagi yang membaca artikel ini. Ribuan kemaafan...

Sahabat anda,
Vira Baharuddin






Monday, September 30, 2013

TIADA LAGI SEMINAR DI MALAYSIA - DR. AZIZAN OSMAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi yang telah memberi saya nafas serta kekuatan untuk saya menulis di dalam blog ini. 
 
 
 
Anggaran 350 ribu keseluruhan orang yang telah melalui perasaan suka, duka dan syukur sewaktu menjadi pelajar-pelajar kepada Mentor Dr. Azizan Osman. Betapa hebatnya seorang mentor itu mengusik lirik hati setiap pelajar yang hadiri seminarnya.

Anda mungkin tidak tahu berita ini, bahawa Seminar Intensif Jutawan Industri 2013 yang baru selesai beberapa hari lalu di PWTC merupakan seminar intensif yang terakhir di Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana desakan serta permintaan dari negara luar seperti Indonesia dan Filipina terhadap diri Dr. Azizan. Jika tiada masalah, tahun 2014 merupakan tahun hijrah bagi mengembangkan lagi empayar jajahan Dr. Azizan Osman di dua buah negara ini. Akibat dari kesibukkan ini, tiada lagi Seminar Intensif Jutawan Industri akan di langsungkan pada tahun-tahun berikutnya mengikut kata-kata dari Dr. Azizan.

Saya merupakan salah seorang yang bertuah menjadi pelajar seminar intensif terakhir ini. Perasaan amat sedih wujud, apabila mengetahui seminar ini tidak di lanjutkan lagi pada tahun berikutnya. Secara jujur saya berani mengatakan seminar intensif ini banyak membantu saya dalam persediaan menempuh cabaran mendatang untuk menjadi jutawan industri di dalam bidang saya ceburi bukan itu sahaja, di sini juga saya mengerti pengertian syukur yang begitu indah sewaktu sesi perkongsian oleh tuan Jerry.
 
Seminar intensif ini bukanlah semata-mata mengajar kita mengejar kekayaan wang, seminar intensif ini mengajar kita bagaimana kita boleh membantu menambah nilai orang lain kepada lebih baik dengan kekayaan wang tersebut.  Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan sentuhan seminar intensif ini lagi-lagi bangsa saya sendiri.

Harapan saya, semoga Seminar Intensif Jutawan Industri dapat diteruskan pada tahun hadapan dan tahun-tahun berikutya. Mari kita sama-sama doakan.

Sahabat anda,
Vira Baharuddin



Sunday, September 29, 2013

TERPAKSA MENJADI PENULIS - KESAN DARI DR. AZIZAN OSMAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi yang telah memberi saya nafas serta kekuatan untuk saya menulis di dalam blog ini.

"Terpaksa menjadi penulis" - Pasti anda merasa pelik dengan tajuk post ini. Inilah kesan dari menghadiri seminar Intensif Jutawan Industri 2013 yang dikendalikan oleh Dr. Azizan Osman kerana salah satu ilmu yang dikongsi oleh Dr Azizan ialah menjadi seorang penulis. Maka terpaksalah saya mejadi penulis walaupun saya ini bukanlah arif di dalam bidang penulisan. Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya perkenalkan diri ini.

Nama saya Vira Bin Baharuddin, pemilik syarikat Giga Creation Event Management. Kepakaran saya ialah membantu anda mendapatkan bekalan Oksigen yang maksima di dalam tubuh badan anda dengan formula teknologi tinggi pemisahan molekul air satu-satunya di dunia iaitu makanan tambahan Cellfood berbentuk cecair  yang ber-intipatikan (concentrated) Oksigen. Masalahnya ramai orang mengalami kekurangan oksigen di dalam badan terutamanya golongan perokok yang boleh mengakibatkan anda ditimpa penyakit-penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, masalah kecantikan dan lain-lain. Jika kekurangan oksigen di dalam anda badan berterusan, tiada kata lain selain "Maut" akan menanti anda dengan lebih cepat kelak. Berapa ramai diantara anda yang ingin tahu rahsia bagaimana cara mengelak maut (penyakit) dengan mudah dan pantas? Hubungi saya jika anda benar-benar ingin elakkan maut ini di 018 9130286 atau email saya di vira.mmu@gmail.com.

  Hari ini saya rasa amat gembira telah dikurniakan dengan tubuh badan yang sihat dan cergas. Kerana saya tahu dengan memiliki tubuh badan yang sihat akan memudahkan seseorang itu untuk beribadat serta mendekatiNya.

Untuk pengetahuan anda, beberapa bulan yang lalu, saya telah ditimpa satu ujian kesihatan yang perit iaitu mengalami sakit belakang yang kronik. Saya tak dapat gambarkan bagaimana perasaan kesakitan serta ganguan emosi saya alami sewaktu penyakit kronik ini ditimpa ke atas diri ini. Setiap pergerakkan saya terbatas, umpama sebuah mesin robot hidup yang bergerak. Bayangkan diri anda dicucuk ribuan jarum di bahagian belakang badan setiap kali tersilap langkah di dalam pergerakkan harian anda.  Saya mengambil masa setengah jam hingga satu jam untuk bangun dari katil, bukannya menggeliat tetapi setiap kali saya berbaring bila hendak berdiri saya akan mengalami sakit belakang yang perit malah waktu yang sama kedua belah kaki saya akan kejang (lagilah susah nak bangun). Saya dah tak boleh mengangkat barangan yang berat, nak berlari, lompat, tunduk pun kena berhati-hati dan banyak lagi keperitan yang saya alami. Berbagai cara rawatan yang saya telah buat, termasuklah akupuntur (tak boleh tahan sakitnya bila kena cucuk jarum kat tulang belakang).

Sehinggalah saya di ketemukan dengan Dr. Sulaiman. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan yang telah merawat beribu pesakit di klinik beliau di Gombak, Selangor. Dr. Sulaiman yang telah kenalkan saya dengan makanan kesihatan yang berasaskan oksigen. Permulaannya saya agak skeptikal dengan doktor ini, menganggap yang beliau ingin menjual dan mendapat keuntungan melalui produknya sahaja. Tetapi... bila beliau menerangkan apakah keistimewaan seseorang yang mempunyai OKSIGEN TINGGI di dalam badan, saya terus tergamam dan tanpa buang masa terus mencuba makanan tambahan ini.

Alhamdulillah dengan izin Allah, kesihatan saya makin bertambah baik dan luarbiasa. Sakit belakang saya makin berkurangan. Saya dah boleh tunduk, bangun dari tidur dengan mudah, dan yang paling ketara ENERGI (tenaga) semakin tinggi dan aktif. Dengan energi yang tinggi ini, saya berjaya menghabiskan seminar Intensif Jutawan Industri 2013 dengan rasa amat amat amat gembira sekali. Kerana di dalam seminar ini anda perlu aktif bergerak, salah satu aktivitinya ialah senaman berbentuk tarian (bara bara bere bere).

Saya masih ingat kata-kata mentor saya Dr. Azizan Osman, "I add value to other people's lives" , anda akan mendapat lebih banyak manfaat di dalam kehidupan anda dengan cara menambah nilai hidup orang lain kepada yang lebih baik. Di sebabkan itu saya pun terpaksalah bekerjasama bersama dengan Dr. Sulaiman (secara rela) untuk menyebarkan kelebihan mempunyai kesihatan tubuh badan kepada orang ramai. Kalau saya tak sebarkan ini saya akan rasa berdosa.

Saya rasa sampai setakat ini sahaja penulisan pertama (no.1) dalam blog. Jika penulisan saya ini membuatkan anda terasa hati, saya mengucapkan ribuan kemaafan. Dengan ini saya sudahkan dengan Assalamualikum waramatullahiwabarakatul...

Sahabat anda
Vira Bin Baharuddin