Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi yang telah memberi saya nafas
serta kekuatan untuk saya menulis di dalam blog ini.
Anggaran 350 ribu keseluruhan orang yang telah melalui perasaan suka, duka dan syukur sewaktu menjadi pelajar-pelajar kepada Mentor Dr. Azizan Osman. Betapa hebatnya seorang mentor itu mengusik lirik hati setiap pelajar yang hadiri seminarnya.
Anda mungkin tidak tahu berita ini, bahawa Seminar Intensif Jutawan Industri 2013 yang baru selesai beberapa hari lalu di PWTC merupakan seminar intensif yang terakhir di Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana desakan serta permintaan dari negara luar
seperti Indonesia dan Filipina terhadap diri Dr. Azizan. Jika tiada
masalah, tahun 2014 merupakan tahun hijrah bagi mengembangkan lagi
empayar jajahan Dr. Azizan Osman di dua buah negara ini. Akibat dari kesibukkan ini, tiada lagi Seminar Intensif Jutawan Industri akan di langsungkan pada tahun-tahun berikutnya mengikut kata-kata dari Dr. Azizan.
Saya merupakan salah seorang yang bertuah menjadi pelajar seminar intensif terakhir ini. Perasaan amat sedih wujud, apabila mengetahui seminar ini tidak di lanjutkan lagi pada tahun berikutnya. Secara jujur saya berani mengatakan seminar intensif ini banyak membantu saya dalam persediaan menempuh cabaran mendatang untuk menjadi jutawan industri di dalam bidang saya ceburi bukan itu sahaja, di sini juga saya mengerti pengertian syukur yang begitu indah sewaktu sesi perkongsian oleh tuan Jerry.
Seminar intensif ini bukanlah semata-mata mengajar kita mengejar kekayaan wang, seminar intensif ini mengajar kita bagaimana kita boleh membantu menambah nilai orang lain kepada lebih baik dengan kekayaan wang tersebut. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan sentuhan seminar intensif ini lagi-lagi bangsa saya sendiri.
Harapan saya, semoga Seminar Intensif Jutawan Industri dapat diteruskan pada tahun hadapan dan tahun-tahun berikutya. Mari kita sama-sama doakan.
Sahabat anda,
Vira Baharuddin
My perspective of kekayaan sudah bertukar....dari kaya wang jadi kaya minda, kaya budi yang terus akan membawa kita ke kaya harta
ReplyDeletekenyataan yang menarik, terima kasih kerana sudi berkongsi :)
DeleteMaklumat yg sangat baik..tq
DeleteWww.azmanjupri.blogspot.com
tak sangka kali pertama saya join kat pwtc hari tu, itu kali terakhir IJI diadakan. sebak rasanya :(
ReplyDeleteRasa sebak masih terasa sehingga sekarang... :)
DeleteSangat rindu IJI. teringat lagi detik DAO bacakan doa. sangat terharu, sangat menusuk kalbu. terasa semua dalam dewan bagaikan keluarga.
ReplyDeleteSama lah kita, masih teringat ingat akan petikan doa DAO bacakan. Harap doa DAO dimakbulkan untuk kita kecapinya bersama :)
Delete