Monday, October 7, 2013

48 TAHUN TAK BUAT APA-APA - IMKK - DR. AZIZAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 Alhamdulillah dan Syukur ke Hadrat Illahi kerana memberi saya nafas serta kekuatan untuk menulis di dalam blog ini.

Maafkan saya jika perkataan "48 tahun" itu menyinggung anda. 48 tahun ini hanyalah merupakan simbolik penggunaan ayat sewaktu Dr. Azizan ingin menerangkan betapa pentingnya bertindak dengan cepat di dalam sesuatu perkara (fast action fast result).

Sudah berapa lamakah anda tidur di dalam kepompong? Masih lagi sambil lewa dalam melakukan sesuatu aktiviti, lambat bertindak, macam kura-kura, macam siput.... Ini semua adalah saya suatu ketika dahulu. Saya merupakan seorang yang amat malas, lebih suka tidur dari bekerja, lebih suka hiburan dari beribadat, lebih suka lepak dalam kepompong dari bergaul dengan dunia luar, kurang ambil tahu tentang perihal ibubapa dan banyak lagi sikap-sikap zaman kegelapan saya.

Setelah saya sedar dan kenali diri ini, saya mula mencari bantuan bagi membantu mengubah sikap gelap saya ini kepada sikap bercahaya. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan mentor Dr. Azizan Osman, saya mula hadiri seminar-seminar percuma beliau. Dari percuma saya memberanikan diri mendaftar seminar yang berbayar atau dikenali sebagai seminar "advance atau intensif".

Terus jatuh cinta dengan seminar advance, tanpa henti saya mendaftarkan diri ke seminar seterusnya. Bermula dengan tempat duduk VIP kemudian menaik taraf ke SUPREME DIAMOND. Terlalu banyak saya pelajari, terlalu banyak ilmu berguna di beri, terlalu banyak kebaikkan terjadi dan terlalu banyak perubahan diri yang dikecapi.

Antara seminar yang betul-betul merubah diri saya ialah "Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan" (IMKK), sekarang dikenali sebagai " Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan". Di sini anda tidak akan focus terlalu kepada perniagaan tetapi ia lebih memberi perhatian khusus tentang diri anda.

Anda mungkin tidak perasan, kebanyakkan kita mempunyai masalah untuk mencapai kejayaan hidup, ini adalah berpunca dari tekanan di dalam diri. Maksudnya, anda mempunyai beberapa halangan (block) dari pemikiran, emosi, perbuatan, tindakan, perhubungan, percakapan, ibadat dan banyak lagi. Halangan ini yang akan membuat hidup anda tersekat dan tidak dapat pergi lebih jauh kejayaannya.

Di Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan inilah yang akan membantu anda untuk perbetulkan kembali kesemua yang saya tulis di atas menjadi satu hala matlamat yang jelas dan mantap untuk dikecapi kejayaannya dengan mudah serta cepat perjalanannya.

Kepada sesiapa yang masih belum mengikuti seminar intensif ini, saya Vira Baharuddin amat amat menyarankan anda pergi menghubungi pejabat Richworks dan daftar dengan segera. Terus terang saya katakan, hidup anda pasti TERPAKSA berubah setelah mengikuti intensif ini.

Perubahan sesuatu kehidupan mesti bermula dengan perubahan di dalam diri sendiri dahulu - Vira Baharuddin

Sahabat anda
Vira Baharuddin

Buku "Magnet Kekayaan & Kejayaan"
Miliki buku ini dahulu, kenali diri melalui pembacaan kemudian
buat persiapan diri untuk ke Intensifnya.


No comments:

Post a Comment