Sunday, October 20, 2013

BAHAYA! - 5 FORMULA KEGAGALAN USAHAWAN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah dan Syukur ke Hadrat Illahi kerana memberi saya nafas serta kekuatan untuk menulis di dalam blog ini.


Menjadi usahawan atau ingin membuka perniagaan amatlah mudah. Tetapi untuk berjaya di dalamnya bukanlah mudah dan sekelip mata. Banyak formula kejayaan sering dikongsi, kali ini saya kongsikan 5 formula kegagalan pula. Baca dan fahami setiap formula ini, jika terdapat kesilapan atau terguris jiwa, saya meminta seribu kemaafan dari anda. Selamat membaca.


1. TIDAK MENDAPAT BERKAT PERNIAGAAN IBU BAPA!

Setiap kejayaan anda di dunia ini bukanlah hasil dari usaha sahaja malah ia dari hasil doa, berkat, restu dan syukur oleh ibu bapa anda. Ibu bapa merupakan CEO di dalam perniagaan anda, setiap perniagaan atau tugas yang ingin anda lakukan hendaklah mendapat restu dari mereka kerana hanya dengan restu mereka perniagaan anda akan diberkati. Minta mereka doakan kejayaan anda, dengan kejayaan ini jangan lupa gembirakan mereka. 


2. SEDEKAH MERUPAKAN SALAH SATU AKAUN PERNIAGAAN!

Masih ramai yang tidak perasan, sebenarnya salah satu punca perniagaan kita stabil adalah kerana sedekah. Sedekah merupakan akaun perniagaan yang penting, ia membantu kita untuk membina jiwa yang besar. Dengan jiwa yang besar, kita dapat melakukan tugas dengan hati yang jujur dan ikhlas. Jujur dan ikhlas akan menjadi penentu pendapatan dan peluang perniagaan anda. Amalan sedekah ini pasti akan membuatkan anda lebih kaya dan berjaya. Lagi banyak anda memberi lagi banyak dan banyak dan banyak anda akan terima kemudian.


3. TIADA MENTOR UMPAMA TIADA KOMPAS PERNIAGAAN!

Jangan berniaga jika anda tidak berilmu. Pergilah anda mencari ilmu dari mentor yang sudah berjaya. Melalui pengalaman dan kejayaan mereka, anda pasti akan senyum-senyum manja kerana anda tidak perlu lagi mengharungi kesilapan di dalam perniagaan yang hendak dilaksanakan. Pastikan anda mendapat petunjuk arah dari mentor yang tepat, jika tersilap mentor pasti anda akan sesat di dalam hutan perniagaan.


4. MATLAMAT DAN TINDAKAN TIDAK SELARI!

Sentiasa tetapkan matlamat jika membuat sesuatu tugasan. Matlamat dikira sebagai tanda aras proses pencapaian perniagaan anda. Matlamat yang serius haruslah ditulis tidak kira di kertas, di papan tulis, meja, kerusi atau dimana sahaja. Tidak berguna jika matlamat ini tidak disulam dengan tindakan. Tindakan yang pro-aktif dan tindakan luar biasa merupakan kunci utama matlamat mudah dicapai. Anggap sahaja matlamat dan tindakan ini sebagai kembar seiras yang tidak dapat dipisahkan.


5. TIADA NETWORK SEJATI

Perniagaan tidak boleh dilakukan secara berseorangan. Ia perlukan kawan-kawan (network) untuk terjadinya proses perniagaan ini. Kawan-kawan juga merupakan satu aset perniagaan yang penting bukan sahaja dari keuntungan syarikat, malah dari segi kekuatan semangat yang akan membantu anda harungi hidup sebagai usahawan. Pemilihan kawan-kawan haruslah di teliti dengan betul, jika anda berkawan dengan orang negatif maka negatiflah perniagaan anda. Manakala jika kawan anda seorang yang positif maka positiflah perniagaan dan kehidupan anda.


Segala perkongsian ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi saya. Saya jarang berkongsi pengalaman secara terbuka, tetapi saya sudah berjanji dengan mentor saya jika saya mempunyai sesuatu yang baik dan boleh manfaatkan orang lain maka saya haruslah berkongsinya dengan orang lain. Jika tidak berkongsi, nanti saya akan rasa berdosa pula. Saya berharap, dengan sedikit perkongsian ini akan membantu lagi hidup anda sebagai ahli usahawan.

Selamat berjaya dalam kerjaya impian usahawan pilihan anda!


Sahabat Anda
Vira Baharuddin

3 comments:

  1. Alhamdulilah maintain positif Insya Allah ...anda kaya berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kita semua maintain positif Insya Allah semua akan kaya & berjaya. Terima kasih :)

      Delete