Friday, October 4, 2013

IDOLA BARU - TUAN JERRY

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 Alhamdulillah dan Syukur ke Hadrat Illahi kerana memberi saya nafas serta kekuatan untuk menulis di dalam blog ini.

Maafkan saya, kerana penulisan kali ini masih lagi di suasana IJI 2013. Masih terngiang-ngiang memikirkan kehidupan saya sewaktu seminar IJI 2013. Selama 4 hari saya dedikasikan diri ini sepenuh perhatian menghisap ilmu yang dicurahkan oleh mentor kita Dr. Azizan Osman. Selain dari Dr. Azizan, selang seli  tuan Jerry naiki pentas ilmu untuk sesi berkongsi ilmu dan emosi.

Setiap kali tuan Jerry naiki pentas, suasana peserta akan menjadi riuh rendah akibat dari gelagat tuan Jerry yang cukup bersahaja. Saya masih ingat, satu ketika tuan Jerry menceritakan keadaan cabaran kehidupan beliau harungi dari zaman sekolah hingga kerja, serta cabaran dari ibubapanya. Dalam sibuk menceritakan kisah hidup, perwatakan dan air muka tuan Jerry berubah menjadi sayu. Tangisan mengingati kisah silam telah dikongsi bersama 4300 orang pelajar, dengan kekuatan hati tuan Jerry mencerita bagaimana dari zaman kegelapan beliau berubah ke zaman kegemilangan.

Sesiapa yang mengikuti seminar IJI 2013, saya berani mengatakan anda pasti dapat merasai kesedihan serta keikhlasan tuan Jerry sewaktu beliau menceritakan kisah hidupnya. Saya sendiri tidak dapat menahan sebak dan terpaksa menitiskan air mata kerana tersentuh dengan apa yang dikongsi oleh tuan Jerrry. Salah satu perkongsian beliau ialah berkaitan dengan "memaafkan diri".

Apa yang saya fahami - "memaafkan diri" yang dimaksudkan oleh tuan Jerry. Kebiasaannya kita akan memaafkan manusia lain apabila mereka melakukan kesilapan ke atas kita. Persoalannya, pernah anda memaafkan diri anda sendiri bila anda melakukan kesilapan terkumpul yang sudah bertahun-tahun lamanya? Bila anda sudah mempelajari memaafkan diri sendiri, pasti hidup anda berubah seperti baru dilahirkan ke dunia ini (diberi peluang kedua). Sudah banyak kesilapan yang saya telah lakukan, dengan inspirasi dari tuan Jerry saya mula memadamkan memori gelap saya sedikit demi sedikit dengan bermula memaafkan diri sendiri. Maafkan saya Vira Baharuddin (berbisik diri sendiri) .

Satu lagi perkongsian yang amat saya hargai ialah pengertian "berSyukur" yang dinyatakan oleh tuan Jerry. Konsep syukur yang dicerita oleh tuan Jerry cukup indah, dengan penuh menggunakan hati perasaan yang ikhlas tuan Jerry menceritakannya telah menyebabkan sekali lagi saya terpaksa menitiskan air mata.

Pernahkah anda bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang? Pernahkah anda bersyukur menghargai diri anda? Bukan sahaja hargai tubuh badan yang sihat, malah hargai nafas yang diperolehi, mata yang masih boleh melihat dunia, jantung yang masih berdenyut, otak yang masih waras dan banyak lagi. Selama ini saya baru perasan yang saya merupakan golongan orang yang kurang bersyukur. Menitis air mata saya bila mengenangkan kurniaan yang Allah swt telah pinjamkan kepada saya di muka bumi ini. Terima kasih tuan Jerry kerana mengingatkan saya tentang kenikmatan kesyukuran.

Maafkan saya jika ada para pembaca yang tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan. Secara mudah saya simpulkan - "Cuba kenali diri sendiri dengan lebih mendalam, hayati segala perbuatan sama ada baik mahupun buruk yang kita lakukan sejak dilahirkan sehingga hari ini. Setelah dekati diri, mari kita mulakan proses memaafkan diri ini. Maafkan diri ini sehingga terasa wujud kesyukuran yang tinggi kepada-NYA. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang bakal menjelma di kemudian hari. Syukur wajib dibuat secara harian bukannya tahunan. Bila syukur itu sebati di dalam jiwa dan hati, baru kehidupan ini akan lebih diberkati". Vira Baharuddin :)

Jutaan terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Sahabat anda
Vira Baharuddin


 Gambar kenangan bersama inspirasi idola tuan Jerry :)

 Terima kasih kerana tuan Jerry sudi menandatangi buku ini :)

12 comments:

  1. tuan Jerry peramah orangnya, nanti cubalah tegur dia bila tersua :)

    ReplyDelete
  2. hidup ini berliku. dan tak semua orang berani tempuhinya. :)

    ReplyDelete
  3. Saya tersentuh ht dengan tulisan sdra. Sya boleh byangkan ketika mana tn jerry berkongsi pengalaman. Kita sama2 menitiskn airmata dikala itu. Sesiapa saje yg hadir dalam dewan pada waktu itu ibarat satu jantung. Saling terasa tiap kali bertukar emosi. Ada masa kita sama2 bersorak dan ada ketika kita semua ikut menangis.. semoga hati2 yang bersatu di iji 2013 v itu akan sama2 mndaki puncak kejayaan.. dapat sama2 berada di hot sit suatu hari nanti. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memahami apa yang saya cuba sampaikan. Kata-kata Cik Puan Siti Haida merupakan DOA bagi semua peserta IJI 2013 :)

      Delete
  4. alhamdulilah......IJI2013 mmg sedikit sebanyak memberi cahaya di lorong2 gelap yang kita cipta sendiri.
    ya...mari mulakan maafkan diri sendiri dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama sangat kita bergelap, mari kita sama sama mencari cahaya itu :)

      Delete
  5. Alhamdulillah.. semua sahabat semakin positif...

    Saya juga dapat bergambar dengan Tuan J... tingginya Tuan J...

    ReplyDelete
  6. Hebat sahabat2 IJI.. Memang Mr Jerry sangat positif walaupun melalui kepahitan hidup, Saya juga menangis masa dia bercerita..in fact, saya banyak menangis dgr pengalaman2 org dan point2 yang Doc berikan sbb apabila saya letakkan diri saya, saya rasa banyak lagi perlu saya pelajari.

    Jom sama2 timba ilmu. :)

    ReplyDelete