Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi yang telah memberi saya nafas
serta kekuatan untuk saya menulis di dalam blog ini.
"Terpaksa menjadi penulis" - Pasti anda merasa pelik dengan tajuk post ini. Inilah kesan dari menghadiri seminar Intensif Jutawan Industri 2013 yang dikendalikan oleh Dr. Azizan Osman kerana salah satu ilmu yang dikongsi oleh Dr Azizan ialah menjadi seorang penulis. Maka terpaksalah saya mejadi penulis walaupun saya ini bukanlah arif di dalam bidang penulisan. Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya perkenalkan diri ini.
Nama saya Vira Bin Baharuddin, pemilik syarikat Giga Creation Event Management. Kepakaran saya ialah membantu anda mendapatkan bekalan Oksigen yang maksima di dalam tubuh badan anda dengan formula teknologi tinggi pemisahan molekul air satu-satunya di dunia iaitu makanan tambahan Cellfood berbentuk cecair yang ber-intipatikan (concentrated) Oksigen. Masalahnya ramai orang mengalami kekurangan oksigen di dalam badan terutamanya golongan perokok yang boleh mengakibatkan anda ditimpa penyakit-penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, masalah kecantikan dan lain-lain. Jika kekurangan oksigen di dalam anda badan berterusan, tiada kata lain selain "Maut" akan menanti anda dengan lebih cepat kelak. Berapa ramai diantara anda yang ingin tahu rahsia bagaimana cara mengelak maut (penyakit) dengan mudah dan pantas? Hubungi saya jika anda benar-benar ingin elakkan maut ini di 018 9130286 atau email saya di vira.mmu@gmail.com.
Hari ini saya rasa amat gembira telah dikurniakan dengan tubuh badan yang sihat dan cergas. Kerana saya tahu dengan memiliki tubuh badan yang sihat akan memudahkan seseorang itu untuk beribadat serta mendekatiNya.
Untuk pengetahuan anda, beberapa bulan yang lalu, saya telah ditimpa satu ujian kesihatan yang perit iaitu mengalami sakit belakang yang kronik. Saya tak dapat gambarkan bagaimana perasaan kesakitan serta ganguan emosi saya alami sewaktu penyakit kronik ini ditimpa ke atas diri ini. Setiap pergerakkan saya terbatas, umpama sebuah mesin robot hidup yang bergerak. Bayangkan diri anda dicucuk ribuan jarum di bahagian belakang badan setiap kali tersilap langkah di dalam pergerakkan harian anda. Saya mengambil masa setengah jam hingga satu jam untuk bangun dari katil, bukannya menggeliat tetapi setiap kali saya berbaring bila hendak berdiri saya akan mengalami sakit belakang yang perit malah waktu yang sama kedua belah kaki saya akan kejang (lagilah susah nak bangun). Saya dah tak boleh mengangkat barangan yang berat, nak berlari, lompat, tunduk pun kena berhati-hati dan banyak lagi keperitan yang saya alami. Berbagai cara rawatan yang saya telah buat, termasuklah akupuntur (tak boleh tahan sakitnya bila kena cucuk jarum kat tulang belakang).
Sehinggalah saya di ketemukan dengan Dr. Sulaiman. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan yang telah merawat beribu pesakit di klinik beliau di Gombak, Selangor. Dr. Sulaiman yang telah kenalkan saya dengan makanan kesihatan yang berasaskan oksigen. Permulaannya saya agak skeptikal dengan doktor ini, menganggap yang beliau ingin menjual dan mendapat keuntungan melalui produknya sahaja. Tetapi... bila beliau menerangkan apakah keistimewaan seseorang yang mempunyai OKSIGEN TINGGI di dalam badan, saya terus tergamam dan tanpa buang masa terus mencuba makanan tambahan ini.
Alhamdulillah dengan izin Allah, kesihatan saya makin bertambah baik dan luarbiasa. Sakit belakang saya makin berkurangan. Saya dah boleh tunduk, bangun dari tidur dengan mudah, dan yang paling ketara ENERGI (tenaga) semakin tinggi dan aktif. Dengan energi yang tinggi ini, saya berjaya menghabiskan seminar Intensif Jutawan Industri 2013 dengan rasa amat amat amat gembira sekali. Kerana di dalam seminar ini anda perlu aktif bergerak, salah satu aktivitinya ialah senaman berbentuk tarian (bara bara bere bere).
Saya masih ingat kata-kata mentor saya Dr. Azizan Osman, "I add value to other people's lives" , anda akan mendapat lebih banyak manfaat di dalam kehidupan anda dengan cara menambah nilai hidup orang lain kepada yang lebih baik. Di sebabkan itu saya pun terpaksalah bekerjasama bersama dengan Dr. Sulaiman (secara rela) untuk menyebarkan kelebihan mempunyai kesihatan tubuh badan kepada orang ramai. Kalau saya tak sebarkan ini saya akan rasa berdosa.
Saya rasa sampai setakat ini sahaja penulisan pertama (no.1) dalam blog. Jika penulisan saya ini membuatkan anda terasa hati, saya mengucapkan ribuan kemaafan. Dengan ini saya sudahkan dengan Assalamualikum waramatullahiwabarakatul...
Sahabat anda
Vira Bin Baharuddin